Hmm, sebut pasal bulan puasa ni, teringat aku masa kecik-kecik dulu. Kadang-kadang puasa, kadang-kadang tak. hehehehe.. biasa la, budak-budak lagi masa tu. Masa semua adik-beradik aku tak kawin lagi, penuh rumah masa berbuka, abang aku, kakak aku, adik aku semua ada. Kami anak beranak semua 8 orang, bentang tikar atas lantai, makai ramai-ramai. Kadang-kadang makan sampai berhimpit, sebab lauk banyak sangat. Tempat kami makan tu tak la besar sangat. Oh ya, tak lupa juga kepada kucing-kucing yang menyebok juga nak berbuka skali padahal semuanya tak berpuasa, menyibuk betul la.. Kehkeh..;-P
Tapi bila abang dengan kakak aku dah kawin, makin kurang la penduduk rumah aku tu, maka sekaligus makin kurang juga bilangan orang yang berbuka puasa kat rumah tu. Dari 8orang+kucing2, tinggal 7, pastu 6, pastu 5 sampai la sekarang tinggal 3 ja. Termasuk la aku yang dah kawin dan dah pindah dari rumah tu. Masa aku tak kawin lagi pun, bila dah kurang orang dalam rumah tu, kadang-kadang rasa sedih juga, tapi nak buat macam mana, dah lumrah kehidupan. Masing-masing makin membesar, of course nak bina keluarga sendiri. Rasanya tiap-tiap orang pun akan rasa macam ni, bila kita dah ada keluarga, dah jadi mak bapa kepada anak-anak kita, diorang pun akan tinggalkan kita satu hari nanti. Huhu, sodihnyoooo..
Tapi Ramadhan+Aidilfitri kali ni, aku rasa sedih sangat-sangat sebab kami semua tak dapat sambut dengan abah.. huhu.. (ishh, emo la plak aku ni, rasa basah plak mata aku bila tulis entry ni, huhu..) Saat ni aku rasa rindu sangat-sangat kat arwah abah. Terkilan sebab aku tak ada disisi arwah abah masa dia meninggal dulu.. Aku sedih bila terfikir mak aku sambut Ramadhan tanpa arwah abah, cuma sambut dengan adik dengan abang aku ja. Kami semua yang lain tak dapat nak teman mak berbuka. Harap-harap abang dengan kakak aku di Penang tu, selalu balik berbuka skali dengan mak aku, sekurang-kurangnya mak aku ceria sikit bila diorang balik. Aku dengan kakak aku kat KL ni, mungkin dapat balik sekali ja sepanjang bulan puasa ni.. Ish, stop jap, dah ter emo lebih dah ni..
Ok, sambung balik..
Harap-harap kawan kawan semua menggunakan peluang yang ada ni untuk mengaut sebanyak mungkin pahala yang Allah akan berikan hanya pada bulan Ramadhan sahaja. Termasuk juga diri aku. Dah jadi bapa ni, kena la lebihkan amal ibadat, supaya anak tengok dan diorang pun akan ikut apa yang kita buat.. Ok la, dah panjang lebar dah ni, tak nak merepek banyak-banyak. Nanti reader boring plak (walaupun tak ada orang baca lagi blog ni) Tapi kalau ada orang baca, sudi-sudi la comment ye.. Peace..;-)
P/S : Soalan cepu cemas:-Yang mana satu karekter anda bila tibanya bulan Ramadhan???1. Alamak, kena puasa la pulak...
2. Aduh, macam mana aku nak makan tengah hari nanti, tak ada port baik ni...
3. Malas la nak pergi terawih, lama sangat imam tu baca surah..
4. Haiihhh, malas betul aku nak puasa..
5. Ah chong, lu tolong wa beli itu nasi, kuah taruk lebih, wa tak bole beli, nanti kena tangkap..
6. Alhamdulillah, bulan yang aku tunggu-tunggu nak datang dah..
7. Tak sabar rasanya nak berpuasa, pastu boleh pergi terawih.. Yuhuu..
8. Hmm, bulan ni, aku nak banyakkan bersedekah dan berzikir.
Anda yang mana satu? Tepuk dada, tanya la hati anda. Hanya anda yang tahu jawapannya..
Aku, hmm, hanya aku yang tahu jawapan aku!!
***Renung-renungkan Dan Selamat Beramal***