Pages

Saturday, November 27, 2010

Geram tengok COTY2U Carnival 2010..

Baru-baru ni, aku sempat pergi COTY2U Carnival 2010 dekat Matrade tu.. Geram tengok kereta banyak-banyak kat situ.. Mula la berangan nak pakai kereta itu, nak pakai kereta ini.. Hehehe.. Tapi dalam banyak2 kereta kategori bawah RM100,000 aku paling geram NAZA FORTE 2.0 SX. Fuhh, function dia memang best:-

- Smart key and push start button macam BMW, - Reverse sensor with digital view, - 6 Airbag termasuk side airbag, - USB port - Dashboard yang cantik - Macam-macam lagi la..
Pastu aku pun apa lagi, TEST DRIVE la.. hehehe.. Test drive naik 1.6 SX saja, 2.0 tak ada.. Bagi aku, 1.6 punya performance pun dah cukup, bukit pun ok ja naik.. (Tapi sayang sebab tak sempat ambil gambar time tengah drive, sebab excited sangat!!!)

Gaji aku????

Kalau la gaji aku banyak ni, fuhhhhhhh... syukur yang amat!!!!



Tapi kalau gaji banyak pun, belum tentu gaji kita yang banyak tu cukup untuk kita.. Ok, kalau gaji RM2000.00, mesti duduk rumah sederhana, kereta sederhana, makan dan pakaian pun sederhana.. So balance pun tinggal brapa ja.. tapi kalau gaji RM5000.00, kereta mesti up sikit, kurang-kurang Honda civic, rumah beli teres 2 tingkat, makan mahal-mahal, pakaian jangan dicakap, setakat jalan TAR punya baju, sory la.. Kurang-kurang Guess, Zara, Dockers, etc.. So, balance gaji pun tinggal brapa ja..

Pastu kalau gaji RM20,000.00, semestinya rumah mesti banglo, kereta pun mesti la BMW, Mers, Audi, Alpha romeo, silap-silap 4-5 biji satu rumah.. Makan, pakaian semua mesti mahal-mahal.. So balance gaji pun tinggal brapa ja.. Hehehe..

Tapi, aku cukup bersyukur dengan pendapatan aku sekarang.. Aku boleh bayar tempat aku dengan keluarga aku berteduh, aku boleh bayar kereta aku untuk aku pergi cari rezeki, aku boleh bagi makan dan minum untuk keluarga aku, aku boleh bagi pakaian untuk keluarga aku pakai.. tak kisah la banyak atau sikit, yang penting bersyukur..

Saturday, November 20, 2010

**** Raya Qurban ****



Raya tahun ni 1st time aku tak beraya kat kampung halaman aku.. huhu..;-( Beraya kat rumah pak mentua aku. Maklumla, orang sibuk bekerja (chewahh) cuti 2 hari ja, itu yang tak balik kampung tu.. Cian pulak bila teringat kat mak aku, mesti sunyi sambut raya kurban tahun ni. Tak apa mak, tahun depan abg raya sana pulak k.. hehehe.. Tapi tahun ni tambah lagi satu pengalaman dalam hidup aku, aku tolong siang daging lembu tu.. Bahagian lembu yang lain semua aku dah pernah tengok, cuma satu ja yang aku tak pernah tengok -JANTUNG LEMBU- Mula-mula aku ingat 'telor lembu', rupa-rupanya jantung. Aku pegang, wahhh, padat dan berat. Mula la rasa kagum dengan ciptaanNya..

Hmm, dah penat tolong, dapat la 2 beg plastik daging korban (credit to my mother in law sebab dia yang bagi kupon kat aku). Bila balik rumah, wife aku nak cuci daging tu, ada skali ngan jantung lembu.. huhuhu.. tak sanggup aku rasa nak makan jantung tu, so aku dengan wife aku dengan hati yang terbuka dan ikhlas, sedekahkan la dekat jiran aku. hehehe.. Buat la masak kicap jantung tu..






Monday, November 1, 2010

*****Hobin & Gomo*****


Hmm, dah lama tak update blog. Maklum la, busy sangat la katakan. Hehe..

Sabtu lepas bersamaan 30/10/2010, ada final game untuk Piala Malaysia di Bukit Jalil. Tapi aku tak pergi tengok game kat stadium pun. Aku nak pergi Plaza Low Yat. So lepas balik kerja, aku pun siap2 nak kluar dengan family aku. Lebih kurang pukul 4.30 ptg macam tu aku keluar rumah, masuk highway plus (dari tol kajang) nak ke tol Sungai Besi. Bila masuk ja highway, mak datuk, punya la jemmmm jalan tu. Baru la aku teringat yang malam tu ada game final. Alahai, punya la lama atas highway tu, cuba bayangkan dari tol Kajang (4.45ptg), sampai tol Sg Besi lebih kurang pukul 6.15 ptg, satu jam setengah aku stuck dalam jem tu. Padahal kalau jalan tak jem 10 minit ja, tambah2 kalau naik keta turbo aku, sekelip mata ja dah sampai.. Kahkahkah..
Bila dah lepas tol, lagi teruk jemmmmmnya.. Sebab kereta nak masuk dekat simpang astro kat Bukit Jalil tu. Dekat situ ja aku stuck dekat setengah jam, baru jalan dah ok.. Fuhh, KL ohh KL.. Pukul 7 lebih baru sampai Low Yat.. Tu la, duduk KL lagi, sapa suruh.. Ekekeke..

Apa2 pun, tahniah dekat team Kelantan sebab menang final walaupun aku tak sokong Kelantan..

Wakakaka

Hobin Jang Hobin!!!!!Dalam tension2 jem pun, seronok gak tengok gelagat penyokong N9 ni..



Penyokong yang paling fanatik!! Hobin jang hobin!!!