Pages

Saturday, November 27, 2010

Gaji aku????

Kalau la gaji aku banyak ni, fuhhhhhhh... syukur yang amat!!!!



Tapi kalau gaji banyak pun, belum tentu gaji kita yang banyak tu cukup untuk kita.. Ok, kalau gaji RM2000.00, mesti duduk rumah sederhana, kereta sederhana, makan dan pakaian pun sederhana.. So balance pun tinggal brapa ja.. tapi kalau gaji RM5000.00, kereta mesti up sikit, kurang-kurang Honda civic, rumah beli teres 2 tingkat, makan mahal-mahal, pakaian jangan dicakap, setakat jalan TAR punya baju, sory la.. Kurang-kurang Guess, Zara, Dockers, etc.. So, balance gaji pun tinggal brapa ja..

Pastu kalau gaji RM20,000.00, semestinya rumah mesti banglo, kereta pun mesti la BMW, Mers, Audi, Alpha romeo, silap-silap 4-5 biji satu rumah.. Makan, pakaian semua mesti mahal-mahal.. So balance gaji pun tinggal brapa ja.. Hehehe..

Tapi, aku cukup bersyukur dengan pendapatan aku sekarang.. Aku boleh bayar tempat aku dengan keluarga aku berteduh, aku boleh bayar kereta aku untuk aku pergi cari rezeki, aku boleh bagi makan dan minum untuk keluarga aku, aku boleh bagi pakaian untuk keluarga aku pakai.. tak kisah la banyak atau sikit, yang penting bersyukur..

No comments:

Post a Comment