Pages

Wednesday, August 11, 2010

Balik kerja, terus pergi cari..

Ok, hari ni dengan semangatnya aku berpuasa. Semangat sambut Ramadhan al-Mubarak.. Cewahhh.. Setakat aku tulis entry ni, perut aku masih memberi kerjasama yang sungguh baik.. Syabas En. Perut, nanti pukul 7.28pm aku bagi hadiah yang istimewa buat En. Perut ya..Oh ya, aku cuma nak berkongsi dengan anda semua apa yang aku ingin makan bila berbuka hari ini. Maklum la, hari pertama puasa, nafsu makan memuncak-muncak. Itu nak, ini nak. Tapi petang nanti, aku nak cari dekat bazar makanan-makanan yang aku rasa nak makan hari ini.. Jom kita saksikan...
Jeng Jeng Jeng!!!


Layanzzzz!!!!!

Asam Pedas Melaka
Ayam goreng berempahTomyam seafoodUdang goreng segar yang disalut tepong...Ketam segar digoreng...Banana split..


Amacam?? Ok tak menu hari ini??

P/S : Banana split ada ke kat bazar Ramadhan?? hehehe..


Tuesday, August 10, 2010

**** Sinar Ramadhan ****

Assalamualaikum..

Ramadhan datang lagi. Banyak ganjaran dan pahala yang Allah bagi kepada umat Islam jika umatnya memanfaatkan amalan di bulan Ramadhan dengan sebaik mungkin. Setahun hanya sekali, selama sebulan. Cewah, macam ustaz pulak aku ni..;-) Kawan-kawan semua banyak yang dah buat ucapan selamat menyambut Ramadhan, so aku pun mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan:-


'Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak'
- Dari Hanif sekeluarga..

Hmm, sebut pasal bulan puasa ni, teringat aku masa kecik-kecik dulu. Kadang-kadang puasa, kadang-kadang tak. hehehehe.. biasa la, budak-budak lagi masa tu. Masa semua adik-beradik aku tak kawin lagi, penuh rumah masa berbuka, abang aku, kakak aku, adik aku semua ada. Kami anak beranak semua 8 orang, bentang tikar atas lantai, makai ramai-ramai. Kadang-kadang makan sampai berhimpit, sebab lauk banyak sangat. Tempat kami makan tu tak la besar sangat. Oh ya, tak lupa juga kepada kucing-kucing yang menyebok juga nak berbuka skali padahal semuanya tak berpuasa, menyibuk betul la.. Kehkeh..;-P

Tapi bila abang dengan kakak aku dah kawin, makin kurang la penduduk rumah aku tu, maka sekaligus makin kurang juga bilangan orang yang berbuka puasa kat rumah tu. Dari 8orang+kucing2, tinggal 7, pastu 6, pastu 5 sampai la sekarang tinggal 3 ja. Termasuk la aku yang dah kawin dan dah pindah dari rumah tu. Masa aku tak kawin lagi pun, bila dah kurang orang dalam rumah tu, kadang-kadang rasa sedih juga, tapi nak buat macam mana, dah lumrah kehidupan. Masing-masing makin membesar, of course nak bina keluarga sendiri. Rasanya tiap-tiap orang pun akan rasa macam ni, bila kita dah ada keluarga, dah jadi mak bapa kepada anak-anak kita, diorang pun akan tinggalkan kita satu hari nanti. Huhu, sodihnyoooo..

Tapi Ramadhan+Aidilfitri kali ni, aku rasa sedih sangat-sangat sebab kami semua tak dapat sambut dengan abah.. huhu.. (ishh, emo la plak aku ni, rasa basah plak mata aku bila tulis entry ni, huhu..) Saat ni aku rasa rindu sangat-sangat kat arwah abah. Terkilan sebab aku tak ada disisi arwah abah masa dia meninggal dulu.. Aku sedih bila terfikir mak aku sambut Ramadhan tanpa arwah abah, cuma sambut dengan adik dengan abang aku ja. Kami semua yang lain tak dapat nak teman mak berbuka. Harap-harap abang dengan kakak aku di Penang tu, selalu balik berbuka skali dengan mak aku, sekurang-kurangnya mak aku ceria sikit bila diorang balik. Aku dengan kakak aku kat KL ni, mungkin dapat balik sekali ja sepanjang bulan puasa ni.. Ish, stop jap, dah ter emo lebih dah ni..


Ok, sambung balik..

Harap-harap kawan kawan semua menggunakan peluang yang ada ni untuk mengaut sebanyak mungkin pahala yang Allah akan berikan hanya pada bulan Ramadhan sahaja. Termasuk juga diri aku. Dah jadi bapa ni, kena la lebihkan amal ibadat, supaya anak tengok dan diorang pun akan ikut apa yang kita buat.. Ok la, dah panjang lebar dah ni, tak nak merepek banyak-banyak. Nanti reader boring plak (walaupun tak ada orang baca lagi blog ni) Tapi kalau ada orang baca, sudi-sudi la comment ye.. Peace..;-)

P/S : Soalan cepu cemas:-


Yang mana satu karekter anda bila tibanya bulan Ramadhan???

1. Alamak, kena puasa la pulak...
2. Aduh, macam mana aku nak makan tengah hari nanti, tak ada port baik ni...
3. Malas la nak pergi terawih, lama sangat imam tu baca surah..
4. Haiihhh, malas betul aku nak puasa..
5. Ah chong, lu tolong wa beli itu nasi, kuah taruk lebih, wa tak bole beli, nanti kena tangkap..
6. Alhamdulillah, bulan yang aku tunggu-tunggu nak datang dah..
7. Tak sabar rasanya nak berpuasa, pastu boleh pergi terawih.. Yuhuu..
8. Hmm, bulan ni, aku nak banyakkan bersedekah dan berzikir.

Anda yang mana satu? Tepuk dada, tanya la hati anda. Hanya anda yang tahu jawapannya..

Aku, hmm, hanya aku yang tahu jawapan aku!!

***Renung-renungkan Dan Selamat Beramal***

Friday, August 6, 2010

Macam mana eh? Adussss...

Aduh, pening juga kepala aku ni, nak edit blog aku ni kasi meriah sikit. Cuba itu, tak boleh, cuba ini tak jadi, last2 tak payah edit. Refer dengan blog orang lain pun tak menjadi juga, tapi ada la sikit2 yang jadi. Tambah pula bunyi bising air hujan kena atap zink kat office aku ni, lagi tambah serabut kepala ni - kesian, office pakai atap zink ja- . Huhuhuhu..

Tapi tak apa, orang kata nak pandai berblogging ni kena sabar@pelan-pelan kayuh. Lama-lama ok la (rasa rugi pulak tak study bidang I.T dulu, kalau tak Bill Gates pun mesti kalah dengan aku.) So kali ni blog aku ada perubahan sikit, walaupun sikit, aku dah pandai buat sesuatu arini. Jeles juga bila tengok blog orang lain, entry menarik, folower pun ramai, beratus-ratus, beribu pun ada. Bila la aku nk jadi sehebat korang-korang sekalian? aishhhh... Tapi tak apa, pelan-pelan kayuh.. Apa2 pun, atas usaha aku yang gigih ni, aku dh pandai buat sesuatu untuk blog aku arini. Jadi la tu walaupun sikit. Heheheheheheheehehehe...

Well Done Anip!!!

mesti korang yang dah pandai berblogging ni kata:-

"Poyo la mamat ni, baru pandai sikit dah seronok lebih"





Wednesday, August 4, 2010

Shasha Pelacur

Hehe, siapa Shasha pelacur? Kenapa dia jadi pelacur? Hmm, susah nak jawab ni. Ni semua sebab peredaran zaman la ni, dulu duduk di kampung, sekarang dah duduk di bandar, macam-macam ada. Dulu tak ada tenet, sekarang dh ada tenet, so macam-macam pendedahan dah buleh dapat dalam tenet. Itu yang buatkan budak-budak sekarang jadi x tentu arah, ikut sangat budaya barat. Hmm, berbalik kepada si Shasha ni, aku jumpa dekat ngan rumah aku, tapi aku tak tahu si Shasha ni rumah yang mana satu. Isk isk, kahssiiaaannn..

Aku cuba cari juga rumah Shasha, tapi tak jumpa. Aku cuba nak 'connect' ngan si Shasha ni, pun x boleh juga. Agaknya dia betul-betul kecewa, sebab dah jadi pelacur dan sebab tu la tak boleh 'connect' dengan dia. Kemudian aku terjumpa si Adz yang tinggal dekat ngan rumah aku juga, aku tanya pasal Shasha, immediately dia kata 'Dont Touch2', so aku pun tak sentuh si Shasha ni. Mungkin bahaya kot sebab dia kan dah jadi pelacur, maybe ada virus-virus jahat yang boleh melekat dekat aku. Pastu aku pun biar ja la si Shasha ni sorang-sorang. Tapi kesian aku tengok dia, makan tak nak, tidur tak nak, apa pun tak nak, murung saja.. Huhu..;-P



Shasha, oohhh shashaa..

PeAce No WaR.. JanGan MarAhh eeAeaa!!

Sekadar gambar hiasan dari kosmo..;-)

Tuesday, August 3, 2010

MTV World Stage 2010 @ Sunway Lagoon



Sabtu baru ni bersamaan dengan 31 July 2010, satu konsert MTV World Stage telah diadakan di Sunway Lagoon, PJ Selangor. Aku pun mengambil kesempatan ini untuk menghadirkan diri ke konsert tersebut, tapi aku tinjau dari luar ja, tak masuk dalam sebab tiket tak beli. hehehehe.. Tu pun bukan tujuan utama aku untuk tengok konsert, tapi sebab nak teman wife aku tengok peraduan Pa&Ma kat Sunway Piramid belah petang. Jadi lepas tengok peraduan tu sampai kami semua dah boring, kami pun pergi la tinjau di sekitar Sunway Lagoon tu. Mak aih, punya la ramai orang beratur + bersesak-sesak + berhimpit-himpit nak tengok artis2. Beratur panjang sampai ke highway depan tu. Kalau aku, mau pengsan dalam tu. Hehehe.. Tapi sedih gak sebab tak dapat jumpa dengan Wonder Girl. Auwwww!!! Kelass gitu.. Please dance in front of me pleaseee!!! kahkahkah...


Bersama hero aku..


Tapi masa aku sampai di pintu masuk Sunway tu, aku tak sempat nak rakam kejadian tolak-menolak, rebut merebut, gesel menggesel penonton-penonton yang tak sabar nak masuk tengok konsert tu. Sempat rakam lepas kejadian tu ja. Agaknya penonton pun tak sabar nak tengok wonder girl tu secara live kot (untuk laki-laki la). Sampaikan board banner besi tu pun nak jatuh, kasut tertanggal, selipar putus, siap ada orang pengsan lagi. Semangat betul penonton2 ni nak masuk. Kesian kat minah2 yang melaram habis, baju yang terkoyak pun ada, make up dah cair meleleh sebab berpeluh sangat-sangat, macam-macam lagi la. Tak kurang juga, mesti ada yang kena raba dan hilang wallet. Ekekeke..;-P


Dik, slow-slow dik, jangan tolak-tolak, skirt akak nak terlondeh dik!!!




Sabar dik, Wonder Girl tu tak lari kemana, ada ja kat dalam tu..;-P