Pages

Saturday, November 27, 2010

Geram tengok COTY2U Carnival 2010..

Baru-baru ni, aku sempat pergi COTY2U Carnival 2010 dekat Matrade tu.. Geram tengok kereta banyak-banyak kat situ.. Mula la berangan nak pakai kereta itu, nak pakai kereta ini.. Hehehe.. Tapi dalam banyak2 kereta kategori bawah RM100,000 aku paling geram NAZA FORTE 2.0 SX. Fuhh, function dia memang best:-

- Smart key and push start button macam BMW, - Reverse sensor with digital view, - 6 Airbag termasuk side airbag, - USB port - Dashboard yang cantik - Macam-macam lagi la..
Pastu aku pun apa lagi, TEST DRIVE la.. hehehe.. Test drive naik 1.6 SX saja, 2.0 tak ada.. Bagi aku, 1.6 punya performance pun dah cukup, bukit pun ok ja naik.. (Tapi sayang sebab tak sempat ambil gambar time tengah drive, sebab excited sangat!!!)

Gaji aku????

Kalau la gaji aku banyak ni, fuhhhhhhh... syukur yang amat!!!!



Tapi kalau gaji banyak pun, belum tentu gaji kita yang banyak tu cukup untuk kita.. Ok, kalau gaji RM2000.00, mesti duduk rumah sederhana, kereta sederhana, makan dan pakaian pun sederhana.. So balance pun tinggal brapa ja.. tapi kalau gaji RM5000.00, kereta mesti up sikit, kurang-kurang Honda civic, rumah beli teres 2 tingkat, makan mahal-mahal, pakaian jangan dicakap, setakat jalan TAR punya baju, sory la.. Kurang-kurang Guess, Zara, Dockers, etc.. So, balance gaji pun tinggal brapa ja..

Pastu kalau gaji RM20,000.00, semestinya rumah mesti banglo, kereta pun mesti la BMW, Mers, Audi, Alpha romeo, silap-silap 4-5 biji satu rumah.. Makan, pakaian semua mesti mahal-mahal.. So balance gaji pun tinggal brapa ja.. Hehehe..

Tapi, aku cukup bersyukur dengan pendapatan aku sekarang.. Aku boleh bayar tempat aku dengan keluarga aku berteduh, aku boleh bayar kereta aku untuk aku pergi cari rezeki, aku boleh bagi makan dan minum untuk keluarga aku, aku boleh bagi pakaian untuk keluarga aku pakai.. tak kisah la banyak atau sikit, yang penting bersyukur..

Saturday, November 20, 2010

**** Raya Qurban ****



Raya tahun ni 1st time aku tak beraya kat kampung halaman aku.. huhu..;-( Beraya kat rumah pak mentua aku. Maklumla, orang sibuk bekerja (chewahh) cuti 2 hari ja, itu yang tak balik kampung tu.. Cian pulak bila teringat kat mak aku, mesti sunyi sambut raya kurban tahun ni. Tak apa mak, tahun depan abg raya sana pulak k.. hehehe.. Tapi tahun ni tambah lagi satu pengalaman dalam hidup aku, aku tolong siang daging lembu tu.. Bahagian lembu yang lain semua aku dah pernah tengok, cuma satu ja yang aku tak pernah tengok -JANTUNG LEMBU- Mula-mula aku ingat 'telor lembu', rupa-rupanya jantung. Aku pegang, wahhh, padat dan berat. Mula la rasa kagum dengan ciptaanNya..

Hmm, dah penat tolong, dapat la 2 beg plastik daging korban (credit to my mother in law sebab dia yang bagi kupon kat aku). Bila balik rumah, wife aku nak cuci daging tu, ada skali ngan jantung lembu.. huhuhu.. tak sanggup aku rasa nak makan jantung tu, so aku dengan wife aku dengan hati yang terbuka dan ikhlas, sedekahkan la dekat jiran aku. hehehe.. Buat la masak kicap jantung tu..






Monday, November 1, 2010

*****Hobin & Gomo*****


Hmm, dah lama tak update blog. Maklum la, busy sangat la katakan. Hehe..

Sabtu lepas bersamaan 30/10/2010, ada final game untuk Piala Malaysia di Bukit Jalil. Tapi aku tak pergi tengok game kat stadium pun. Aku nak pergi Plaza Low Yat. So lepas balik kerja, aku pun siap2 nak kluar dengan family aku. Lebih kurang pukul 4.30 ptg macam tu aku keluar rumah, masuk highway plus (dari tol kajang) nak ke tol Sungai Besi. Bila masuk ja highway, mak datuk, punya la jemmmm jalan tu. Baru la aku teringat yang malam tu ada game final. Alahai, punya la lama atas highway tu, cuba bayangkan dari tol Kajang (4.45ptg), sampai tol Sg Besi lebih kurang pukul 6.15 ptg, satu jam setengah aku stuck dalam jem tu. Padahal kalau jalan tak jem 10 minit ja, tambah2 kalau naik keta turbo aku, sekelip mata ja dah sampai.. Kahkahkah..
Bila dah lepas tol, lagi teruk jemmmmmnya.. Sebab kereta nak masuk dekat simpang astro kat Bukit Jalil tu. Dekat situ ja aku stuck dekat setengah jam, baru jalan dah ok.. Fuhh, KL ohh KL.. Pukul 7 lebih baru sampai Low Yat.. Tu la, duduk KL lagi, sapa suruh.. Ekekeke..

Apa2 pun, tahniah dekat team Kelantan sebab menang final walaupun aku tak sokong Kelantan..

Wakakaka

Hobin Jang Hobin!!!!!Dalam tension2 jem pun, seronok gak tengok gelagat penyokong N9 ni..



Penyokong yang paling fanatik!! Hobin jang hobin!!!

Wednesday, September 8, 2010

**** Raya Ohhh Raya ****

Fuuhhh.. Lama betol aku tak singgah kat blog aku. Dah berhabuk dah pun. Last aku update masa awal puasa, pastu ni dah nak habis puasa dah pun, so bermakna dah nak raya.. Hooyyeeaaa.. Kalau ikutkan, banyak yang aku nak update dalam blog ni, cuma tak berkesempatan, sibuk dengan tender la, projek baru la, ngan orang gomen la.. Macam-macam cita ada, cita orang bunuh diri kat hotel, cita orang punya bersesak dekat Sogo dengan Jalan TAR la, cita buka puasa, cita pergi servis keta, cita tayar pecah, cita bateri keta kong, cita pak mentua accident, mcm2 lg la.. kalau aku ni rajin update blog, mesti dah penuh blog aku ni..
Ok, berbalik kepada tajuk utama entry kali ni, RAYA..

Huhu, tahun ni aku raya kat umah mentua aku dulu, pastu raya kedua baru aku balik penang.. hmm, 1st time tak raya ngan family aku. Dah 2 tahun raya kat umah aku sejak kawin, so tahun ni bagi la chance kat wife aku pulak beraya ngan family dia. Hubby mu memang seorang yang baik kan yang? kan? kan? hehehe...

Tahun ni kami beraya secara sederhana, sebab banyak duit dh abis servis keta aku.. RM 750 lebih skali dengan absorber, pastu buat spec baru plak, pastu tayar pecah, tukar tayar baru pulak.. huhu, bajet raya dah kurang.. Tapi boleh la beli baju raya untuk wife ngan anak2 aku (ceh, anak baru sorang, tapi dh sebut anak2)

Sebahagian dari barang2 yang sempat disambar di Midvalley ngan Petaling Street

Mulanya tema kami tahun ni nak pakai kelabu, tapi bila cari, tak jumpa pulak baju melayu kelabu yang cantik, cuma jumpa baju melayu untuk anak aku ja, cute giler baju tu wa cakap lu.. So pikir punya pikir, last-last kami pakai ja baju melayu yang aku suruh mak aku buat masa kenduri cukur jambul anak aku dulu. Satu set ngan anak aku, so dah save budget utk baju melayu, cuma nak cari baju kurung wife aku ja.. Lalu bertukar la tema kami, jadi warna GOLD pulak, kelabu terus cancel.. hehehe..


p/s : Jemput la datang umah nanti, boleh bagi duit raya kat anak aku.. ekekeke!!

Wednesday, August 11, 2010

Balik kerja, terus pergi cari..

Ok, hari ni dengan semangatnya aku berpuasa. Semangat sambut Ramadhan al-Mubarak.. Cewahhh.. Setakat aku tulis entry ni, perut aku masih memberi kerjasama yang sungguh baik.. Syabas En. Perut, nanti pukul 7.28pm aku bagi hadiah yang istimewa buat En. Perut ya..Oh ya, aku cuma nak berkongsi dengan anda semua apa yang aku ingin makan bila berbuka hari ini. Maklum la, hari pertama puasa, nafsu makan memuncak-muncak. Itu nak, ini nak. Tapi petang nanti, aku nak cari dekat bazar makanan-makanan yang aku rasa nak makan hari ini.. Jom kita saksikan...
Jeng Jeng Jeng!!!


Layanzzzz!!!!!

Asam Pedas Melaka
Ayam goreng berempahTomyam seafoodUdang goreng segar yang disalut tepong...Ketam segar digoreng...Banana split..


Amacam?? Ok tak menu hari ini??

P/S : Banana split ada ke kat bazar Ramadhan?? hehehe..


Tuesday, August 10, 2010

**** Sinar Ramadhan ****

Assalamualaikum..

Ramadhan datang lagi. Banyak ganjaran dan pahala yang Allah bagi kepada umat Islam jika umatnya memanfaatkan amalan di bulan Ramadhan dengan sebaik mungkin. Setahun hanya sekali, selama sebulan. Cewah, macam ustaz pulak aku ni..;-) Kawan-kawan semua banyak yang dah buat ucapan selamat menyambut Ramadhan, so aku pun mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan:-


'Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak'
- Dari Hanif sekeluarga..

Hmm, sebut pasal bulan puasa ni, teringat aku masa kecik-kecik dulu. Kadang-kadang puasa, kadang-kadang tak. hehehehe.. biasa la, budak-budak lagi masa tu. Masa semua adik-beradik aku tak kawin lagi, penuh rumah masa berbuka, abang aku, kakak aku, adik aku semua ada. Kami anak beranak semua 8 orang, bentang tikar atas lantai, makai ramai-ramai. Kadang-kadang makan sampai berhimpit, sebab lauk banyak sangat. Tempat kami makan tu tak la besar sangat. Oh ya, tak lupa juga kepada kucing-kucing yang menyebok juga nak berbuka skali padahal semuanya tak berpuasa, menyibuk betul la.. Kehkeh..;-P

Tapi bila abang dengan kakak aku dah kawin, makin kurang la penduduk rumah aku tu, maka sekaligus makin kurang juga bilangan orang yang berbuka puasa kat rumah tu. Dari 8orang+kucing2, tinggal 7, pastu 6, pastu 5 sampai la sekarang tinggal 3 ja. Termasuk la aku yang dah kawin dan dah pindah dari rumah tu. Masa aku tak kawin lagi pun, bila dah kurang orang dalam rumah tu, kadang-kadang rasa sedih juga, tapi nak buat macam mana, dah lumrah kehidupan. Masing-masing makin membesar, of course nak bina keluarga sendiri. Rasanya tiap-tiap orang pun akan rasa macam ni, bila kita dah ada keluarga, dah jadi mak bapa kepada anak-anak kita, diorang pun akan tinggalkan kita satu hari nanti. Huhu, sodihnyoooo..

Tapi Ramadhan+Aidilfitri kali ni, aku rasa sedih sangat-sangat sebab kami semua tak dapat sambut dengan abah.. huhu.. (ishh, emo la plak aku ni, rasa basah plak mata aku bila tulis entry ni, huhu..) Saat ni aku rasa rindu sangat-sangat kat arwah abah. Terkilan sebab aku tak ada disisi arwah abah masa dia meninggal dulu.. Aku sedih bila terfikir mak aku sambut Ramadhan tanpa arwah abah, cuma sambut dengan adik dengan abang aku ja. Kami semua yang lain tak dapat nak teman mak berbuka. Harap-harap abang dengan kakak aku di Penang tu, selalu balik berbuka skali dengan mak aku, sekurang-kurangnya mak aku ceria sikit bila diorang balik. Aku dengan kakak aku kat KL ni, mungkin dapat balik sekali ja sepanjang bulan puasa ni.. Ish, stop jap, dah ter emo lebih dah ni..


Ok, sambung balik..

Harap-harap kawan kawan semua menggunakan peluang yang ada ni untuk mengaut sebanyak mungkin pahala yang Allah akan berikan hanya pada bulan Ramadhan sahaja. Termasuk juga diri aku. Dah jadi bapa ni, kena la lebihkan amal ibadat, supaya anak tengok dan diorang pun akan ikut apa yang kita buat.. Ok la, dah panjang lebar dah ni, tak nak merepek banyak-banyak. Nanti reader boring plak (walaupun tak ada orang baca lagi blog ni) Tapi kalau ada orang baca, sudi-sudi la comment ye.. Peace..;-)

P/S : Soalan cepu cemas:-


Yang mana satu karekter anda bila tibanya bulan Ramadhan???

1. Alamak, kena puasa la pulak...
2. Aduh, macam mana aku nak makan tengah hari nanti, tak ada port baik ni...
3. Malas la nak pergi terawih, lama sangat imam tu baca surah..
4. Haiihhh, malas betul aku nak puasa..
5. Ah chong, lu tolong wa beli itu nasi, kuah taruk lebih, wa tak bole beli, nanti kena tangkap..
6. Alhamdulillah, bulan yang aku tunggu-tunggu nak datang dah..
7. Tak sabar rasanya nak berpuasa, pastu boleh pergi terawih.. Yuhuu..
8. Hmm, bulan ni, aku nak banyakkan bersedekah dan berzikir.

Anda yang mana satu? Tepuk dada, tanya la hati anda. Hanya anda yang tahu jawapannya..

Aku, hmm, hanya aku yang tahu jawapan aku!!

***Renung-renungkan Dan Selamat Beramal***

Friday, August 6, 2010

Macam mana eh? Adussss...

Aduh, pening juga kepala aku ni, nak edit blog aku ni kasi meriah sikit. Cuba itu, tak boleh, cuba ini tak jadi, last2 tak payah edit. Refer dengan blog orang lain pun tak menjadi juga, tapi ada la sikit2 yang jadi. Tambah pula bunyi bising air hujan kena atap zink kat office aku ni, lagi tambah serabut kepala ni - kesian, office pakai atap zink ja- . Huhuhuhu..

Tapi tak apa, orang kata nak pandai berblogging ni kena sabar@pelan-pelan kayuh. Lama-lama ok la (rasa rugi pulak tak study bidang I.T dulu, kalau tak Bill Gates pun mesti kalah dengan aku.) So kali ni blog aku ada perubahan sikit, walaupun sikit, aku dah pandai buat sesuatu arini. Jeles juga bila tengok blog orang lain, entry menarik, folower pun ramai, beratus-ratus, beribu pun ada. Bila la aku nk jadi sehebat korang-korang sekalian? aishhhh... Tapi tak apa, pelan-pelan kayuh.. Apa2 pun, atas usaha aku yang gigih ni, aku dh pandai buat sesuatu untuk blog aku arini. Jadi la tu walaupun sikit. Heheheheheheheehehehe...

Well Done Anip!!!

mesti korang yang dah pandai berblogging ni kata:-

"Poyo la mamat ni, baru pandai sikit dah seronok lebih"





Wednesday, August 4, 2010

Shasha Pelacur

Hehe, siapa Shasha pelacur? Kenapa dia jadi pelacur? Hmm, susah nak jawab ni. Ni semua sebab peredaran zaman la ni, dulu duduk di kampung, sekarang dah duduk di bandar, macam-macam ada. Dulu tak ada tenet, sekarang dh ada tenet, so macam-macam pendedahan dah buleh dapat dalam tenet. Itu yang buatkan budak-budak sekarang jadi x tentu arah, ikut sangat budaya barat. Hmm, berbalik kepada si Shasha ni, aku jumpa dekat ngan rumah aku, tapi aku tak tahu si Shasha ni rumah yang mana satu. Isk isk, kahssiiaaannn..

Aku cuba cari juga rumah Shasha, tapi tak jumpa. Aku cuba nak 'connect' ngan si Shasha ni, pun x boleh juga. Agaknya dia betul-betul kecewa, sebab dah jadi pelacur dan sebab tu la tak boleh 'connect' dengan dia. Kemudian aku terjumpa si Adz yang tinggal dekat ngan rumah aku juga, aku tanya pasal Shasha, immediately dia kata 'Dont Touch2', so aku pun tak sentuh si Shasha ni. Mungkin bahaya kot sebab dia kan dah jadi pelacur, maybe ada virus-virus jahat yang boleh melekat dekat aku. Pastu aku pun biar ja la si Shasha ni sorang-sorang. Tapi kesian aku tengok dia, makan tak nak, tidur tak nak, apa pun tak nak, murung saja.. Huhu..;-P



Shasha, oohhh shashaa..

PeAce No WaR.. JanGan MarAhh eeAeaa!!

Sekadar gambar hiasan dari kosmo..;-)

Tuesday, August 3, 2010

MTV World Stage 2010 @ Sunway Lagoon



Sabtu baru ni bersamaan dengan 31 July 2010, satu konsert MTV World Stage telah diadakan di Sunway Lagoon, PJ Selangor. Aku pun mengambil kesempatan ini untuk menghadirkan diri ke konsert tersebut, tapi aku tinjau dari luar ja, tak masuk dalam sebab tiket tak beli. hehehehe.. Tu pun bukan tujuan utama aku untuk tengok konsert, tapi sebab nak teman wife aku tengok peraduan Pa&Ma kat Sunway Piramid belah petang. Jadi lepas tengok peraduan tu sampai kami semua dah boring, kami pun pergi la tinjau di sekitar Sunway Lagoon tu. Mak aih, punya la ramai orang beratur + bersesak-sesak + berhimpit-himpit nak tengok artis2. Beratur panjang sampai ke highway depan tu. Kalau aku, mau pengsan dalam tu. Hehehe.. Tapi sedih gak sebab tak dapat jumpa dengan Wonder Girl. Auwwww!!! Kelass gitu.. Please dance in front of me pleaseee!!! kahkahkah...


Bersama hero aku..


Tapi masa aku sampai di pintu masuk Sunway tu, aku tak sempat nak rakam kejadian tolak-menolak, rebut merebut, gesel menggesel penonton-penonton yang tak sabar nak masuk tengok konsert tu. Sempat rakam lepas kejadian tu ja. Agaknya penonton pun tak sabar nak tengok wonder girl tu secara live kot (untuk laki-laki la). Sampaikan board banner besi tu pun nak jatuh, kasut tertanggal, selipar putus, siap ada orang pengsan lagi. Semangat betul penonton2 ni nak masuk. Kesian kat minah2 yang melaram habis, baju yang terkoyak pun ada, make up dah cair meleleh sebab berpeluh sangat-sangat, macam-macam lagi la. Tak kurang juga, mesti ada yang kena raba dan hilang wallet. Ekekeke..;-P


Dik, slow-slow dik, jangan tolak-tolak, skirt akak nak terlondeh dik!!!




Sabar dik, Wonder Girl tu tak lari kemana, ada ja kat dalam tu..;-P


Wednesday, July 28, 2010

Sakitt Jiiwaaa!!!

Aduh!!! Sakit jiwa tul la.. File kiri kanan.. kena belek plak fail2 ni. Kena sort plak, kena buat separator plak, pastu kena letak dalam file pulak.. Minggu depan CIDB nak buat inspection la pulak!! Berapa banyak pulak la.. Kena cari itu, kena cari ini.. Haishh!!!

Tongkat ali baik punyoo satu!!!

Dah la FB aku jadi bengong, pakai mozilla tak boleh view homepage, pakai explorer berteraboq pulak page tu, google chrome pun sama gak. Bengong tul!!! Nak restkan sikit kepala otak pun tak boleh.. Pastu teringat yang aku ada blog.. So bleh la aku meluahkan perasaan aku ketika ini.. TQ blog..

Lagi satu, dah la **** **** tak dapat lagi!!!! Tunggu punya tunggu punya tunggu, tak dapat-dapat jugak lagi... huhuhu.. uuwwaaaaa!!!!

Dushhh!! Ambik ekau!!!




Mode : Tengah bengong.
: Serabut..
: Pening..
: Khaciwa..


Icon Smiley :-( :-C :-S


Thursday, July 22, 2010

Berita Terbaru 'Paul The Octopus'

Berita Terbaru 'Paul The Octopus'

Ini adalah update terbaru mengenai si 'Paul' yang pernah famous masa World Cup baru-baru ni.. Mesti ramai yang tertanya-tanya apa cerita terbaru 'Paul' ni kan? Ada yang rindu, ada yang tak semangat nak buat keja sebab tak tahu berita terbaru paul ni, dan ada juga yang teringin nak makan sotong kurita goreng tepong!!! Banyak persoalan betul dari peminat dan juga yang tak minat 'Paul the Octopus ni'

Sihat kah?
Dah makan ka belum?
Dah kawin ka belum?
Dah jadi sotong kangkung ka belum?

Jeng Jeng Jeng.....

Baru-baru aku sempat pergi Jerman sebab nak jenguk keadaan 'Paul' ni sebab ramai yang meminta aku berbuat demikian..
Atas persetujuan pihak Malaysia dan Jerman, aku pun berangkat ke sana dengan senang hati dan excitednya (maklumla, nak jumpa si sotong yang kepopularitiannya mengalahkan Paris Hilton dan juga Cristiano Ronaldo yang baru dapat anak tu). hehehehe..

Setelah aku sampai disana, aku tercari-cari, mana 'Paul' ni? Cari punya cari punya cari, rupanya si 'Paul' tangah bermain dengan se'org' budak dengan gembiranya. Aku begitu terkejut (nasib baik tak kena 'heart attack') setelah melihat keadaan 'Paul' yang terbaru ni, aku pun snap la beberapa picture untuk tatapan peminta dan juga yang tak minat sebagai bahan bukti yang aku telah berjumpa dengan 'Paul the Octopus'....

Maka inilah hasilnya..

Pendedahan eksklusif mengenai 'Raja Sotong'



Walaupun sedang diburu, beliau masih mampu tersenyum lebar.. Tahniah Paul..

Bersama kawan barunya yang banyak memberi inspirasi dan semangat

Beliau bersama teman barunya sedang bermain bola dengan gembiranya

Pasangan bahagia sempat memberikan post yang sangat menarik untuk ditangkap gambar..

Sejuk hati aku tengok 'Paul' ni bahagia...

Sekian..


Friday, July 16, 2010

Girlfriend aku dah nak kawin??? Uwaaaaa

Rozita Che Wan

Huhuhu.. Girlfriend aku dah nak kawin tak lama lg. Dengan lelaki bujang plak tu, muda 2 tahun dari cik Rozita ni.. Huhuhu... so sad la cik Ita!!! Tapi apa2 pun, I doakan U bahagia dunia akhirat walaupun U tak nak kawin dengan I.. Sob Sob..;-( Berita terbaru yang aku tahu pasal cik Rozita 'J' ni, beliau nk stop jadi pelakon tahun depan, nak menceburi bidang perniagaan pulak.. To cik Rozita (tak lama lagi jadi puan la) I boleh jadi share-partner U, kita jual budu sama2 ok.. manyak untung oooo!!! hehehehe. Hmm, mungkin beliau nak buat perniagaan jual bulu mata palsu, macam yang beliau selalu pakai. Tergoda I tengok bulu mata u!!!

haiihhhh.. betuah la lelaki bujang yang nak kawin ngan mak janda ni. Tapi walaupun cik janda ni tak kawin dengan aku, aku bersyukur sebab aku dijodohkan ngan wife aku sekarang ni.. Love u soo mucchhhh sayang!!! (jgn termuntah plak reader blog ni) ekekeke!!!

Rozita a.k.a awek aku skarang ni ala-ala perempuan kampung (manis gitu!!!!)

Pose maut dari awek aku!!!


p/s : Jangan lupa bagi invitation card dekat I ok!!!;-P

Thursday, July 15, 2010

Lagu aku masa form 1 dulu..

All My Life - K-Ci and Jojo


Atas nasihat kawan aku Ery ANL, dia suruh aku update blog sebab aku ngadu kat dia yang aku tengah boring, maka aku pun teringat nak update blog aku yang tak seberapa ni.. Hmm, aku tiba-tiba teringat lagu BEST yang aku gila2 sangat masa aku Form 1 dulu, sampaikan nk tido pun kena dengar lagu ni dulu, baru boleh tido. Masa tu pakai Walkman, sapa ada tu kira hebat la, tu pun aku berebut dengan abang aku nak bawa balik asrama. Hehehehehehehe...

So kepada pembaca blog aku, dengar dan hayatilah lagu ni.. (walaupun sebenarnya tak ada orang yang baca pun) ekekeke!!!!




BEST kan lagu ni? Kan? Kan? Kan?

Wednesday, July 14, 2010

Ariel 'Peterporn' + Cut Tari + Luna maya

Sensasi sungguh isu pasai A C L ni.. aku pun agak surprised jugak ngan cerita ni dulu, pastu dengar macam-macam lagi pasal hero ngan heroin ni.. Maklum la, keja ngan mat mat indon kat site ni, diorang lagi arif pasal hero ngan heroin kat negara diorang. Macam-macam diorang cerita kat aku. Aku pun apa lagi, jadi telinga astro la!!! ekekeke, gosiippp oh gosipppp!!!

Hmm, nampaknya sampai arini Ariel tak mengaku yang wajah dalam video 'peterporn' tu wajah beliau. ish ish ish.. Walaupun Cut Tari dah mengaku + dah berubah siap pakai tudung lg..;-p, tapi hero dalam video tu x mengaku ngaku lagi.. Heroin dah mengaku dah, siap dah inform tahun lagi.. Tu la, mewah sangat ngan ***** (sensored) suatu ketika dulu, sekarang ni dapat la habuannya.. huhuhu..

Heroin 'no 2' dalam filem pendek 'Peterporn'

p/s : Ish ish, yang ni pun lawwaaaanyaaaa (betuah badan la ariel oiiiiii) (yang ni pun tak mengaku lagi, masih lg dalam keadaan 'tertuduh')

Monday, July 12, 2010

hEpy BeSdAy tO mE!!!

Hepy besday to me,
Hepy besday to me,

Hepy besday to anip,

Hepy besday to me,


Yuhuuuuu!!!! huhuhuhu!!!

Maka bertambahlah satu lg angka dalam hidup aku, dimana angka ni x penah menurun, asyik dok naik ja.. Huh!! apa2 pun, menaik ka, menurun ka, thank u very2 much to my lovely wife coz belikn aku kek.. yumyum..


kek yg sungguh sedap!!!

anak aku pun x sabar nk potong kek!!

Well, aku nk ucapkan thankz kat kak aku yg beli kek jugak.. tgh hari celebrate, ptg pun celebrate jgk ngan kak, n mak aku plak . Sebelum aku terlupa, aku dengar berbesar hati nk wish kat mak aku jugak,

HEPY BESDAY TO MY LOVELY & THE BEST MUM!!!..

&

HEPY BESDAY TO MY TWIN BROTHER

Besday mak aku, sehari ja lepas besday aku.. kami selang sehari.. kalau la dulu aku ngan adik aku sabar sat dok dlm perut mak aku, mesti besday kami dh sama.. ekekekeke..

Saturday, July 10, 2010

Uruguay vs Germany + Paul the Octopus

Germany

VS

Uruguay


Hmm, mlm ni penentuan 3rd & 4th place untuk World cup.. mcm2 cita dgr pasai world cup, Paul the sotong kurita la, pengadil x betoi la, offside la, pastu yg terbaru, x cukup sotong, burung plak muncul.. untuk Spain ngan Belanda, sotong pilih Spain, pastu burung plak pilih Belanda. Mcm2 ada... astro pun kalah publiciti ngan sotong ni.. Tp untuk Germany ngan Uruguay, sotong pilih Germany, burung aku x tau pilih apa.. sotong tu nk ambk hati Germany kot pas dia pilih Spain menang masa Spain vs Germany aritu.. Tp apa2 pun, siap la sotong tu pasni, rakyat2 Germany nk buat dia jd SOTONG SALAI pasni. wakakakaka... ada yg menang juta2 pasai sotong ni, ada yg kalah juta2 gak pasai sotong ni.. Tu la hampa, main judi lg, bila kalah, sotong gak jd mangsa.. ekekeke..



Tp mlm ni Uruguay vs Germany, aku pilih Germany..Cuma siaran kul 2.30 pg, x tau la bleh tgk ka x sbb aku ni x la fanatik sgt pasai bola ni.. Germany vs Spain br ni pun sempat tgk 1st haft ja, pastu dh tetido.. Sedar2 aku bgn tido, dh 4.30 dh pun. Harap2 mlm ni dpt la tgk.. hehehehe..

Yuhuuuuu!!! Esok ari makin tua aku.....